LONDON – Bekas pemandu Formula Satu (F1) dari Britain. John Watson berpendapat, Red Bull perlu menggantung pemandu mereka, Sebastian Vettel satu perlumbaan selepas apa yang dilakukannya pada Grand Prix (GP) Malaysia, Ahad lalu.
Juara dunia tiga kali itu diarahkan oleh ketua pasukan, Christian Horner agar tidak memintas rakan sepasukan, Mark Webber yang sedang memimpin perlumbaan ketika saingan di Litar Sepang.
Bagaimanapun, Vettel melanggar arahan tersebut, malah bertindak memintas pemandu dari Australia itu sehingga menimbulkan rasa tidak senang pengurusan pasukan.
"Apa yang dapat saya simpulkan ialah Vettel patut digantung daripada menyertai GP seterusnya," ulas Watson.
"Anda tidak boleh mengambil mata yang diperolehnya dan memberi kepada Webber dan pada masa yang sama, anda tidak boleh mendenda dia (Vettel). Jadi, penyelesaian terbaik ialah menggantung Vettel satu perlumbaan," tambah Watson.
Perkara tersebut bukan pertama kali berlaku di antara Webber dan Vettel yang mana mereka melakukan perkara yang sama di Turki (2010) dan GP Bri- tain.
Watson turut memberi amaran bahawa hubungan di antara kedua-dua pelumba itu akan terus tegang sekira- nya tiada penyelesaian terbaik diambil oleh pasukan Red Bull.
"Saya fikir, jika kedua-dua pemandu bertindak lebih matang dan pasukan dapat mencari keserasian di antara mereka, perkara ini akan dapat diselesaikan," tegasnya.
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq