Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Kasut Emmet

0 komen
Biarpun namanya masih hijau di pasaran, jenama kasut Emmet bukan calang-calang kerana sudah disarungkan oleh banyak nama besar tempatan termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid.
Malah lebih membanggakan, kasut serta tas tangan rekaannya turut digayakan selebriti Hollywood, Lauren Mayhew pada acara karpet merah Anugerah Grammy Ke-55 di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Lauren, penyanyi dan pelakon yang pernah membintangi siri televisyen popular yang mendapat rating tinggi di seluruh dunia seperti CSI: Crime Scene Investigation, CSI: Miami dan Law & Order.

Walaupun baru bertapak di pasaran sejak 2010, jenama Emmet sudah mendapat perhatian eksklusif daripada golongan kenamaan termasuk kerabat diraja, ahli perniagaan berjaya dan personaliti televisyen.

Kasutnya juga pernah dipakai Ana Raffali ketika menyampaikan lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-25 pada 2011 yang menyaksikan penyanyi wanita itu dinobatkan sebagai juara pertandingan.

Pengasas dan pereka Emmet, Zul Mohd Abdul Karim, 36, berkata perancangan yang disusun pada tahun ini pula menyaksikan kerjasama dengan model yang bertapak di Los Angeles, Stacy Calderon dan pemenang tempat ketiga America's Next Top Model Cycle 19 (2012), Kiara Belen.

Katanya, dia juga kini dalam proses menyiapkan kasut buat kumpulan penyanyi wanita baru yang meningkat naik di AS, Heiress bagi sesi penggambaran untuk kulit album mereka.

"Kumpulan yang dianggotai tiga penyanyi wanita itu sudah menyatakan persetujuan untuk menggunakan kasut rekaan saya termasuk meminta saya menjadi pereka rasmi buat mereka.

"Saya juga dalam proses berbincang dengan model terkenal era 1970-an yang juga pemilik agensi model, Janice Dickinson dan kini dalam usaha mendekati ramai lagi selebriti terkenal," katanya.

Bijaksana dalam merencanakan masa depan, Zul mengetepikan semua perasaan negatif dalam dirinya termasuk malu dan gentar, dengan memulakan langkah sendiri mendekati artis bagi mempromosikan jenama kasutnya.

Berbekalkan keyakinan pada kualiti jenama sendiri dan berani mengetengahkan produknya, Zul menggunakan teknologi moden seperti Twitter untuk berhubung dan menghampiri artis terkenal.

"Memang ada juga rasa gentar kalau-kalau mereka tidak mahu layan tetapi kita perlu berani dan cuba. Saya gembira kerana mendapat tindak balas positif, malah Lauren turut membantu mempromosikan rekaan saya kepada rakannya yang lain.

"Dia puas hati dengan kualiti kasut yang saya reka untuknya malah mengatakan kepada saya ramai di sekelilingnya yang bertanya dan tertarik dengan sepasang kasut putih Emmet yang dipakainya pada acara karpet merah itu.

"Sekiranya kita sering rasa takut artis antarabangsa tidak akan melayan apabila kita cuba berhubung, sampai bila kita akan maju? Kita kena ada keberanian untuk mencari artis itu kerana kalau tidak, mereka tidak tahu produk yang kita ada," katanya.

Dia akui mempunyai minat mendalam pada fesyen serta menjadikan majalah dalam dan luar negara sebagai sumber inspirasi dan memahami gaya terkini dalam menghasilkan rekaan kasut cantik dan berkualiti tinggi.

Tidak hanya tertumpu pada fesyen kasut wanita, Emmet turut mereka kasut lelaki, malah setiap kasut yang dihasilkannya rekaan eksklusif serta mengikut kehendak pelanggan.

Memiliki butik di Ampang, kasut buatan tangan Emmet turut menjadi perhatian golongan berada untuk ke majlis tertentu dan pasangan pengantin yang mahukan rekaan istimewa serta eksklusif pada hari perkahwinan mereka.

"Saya menjadikan pereka kasut terkenal, Datuk Jimmy Choo sebagai idola untuk berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa. Sekiranya dia mampu berjaya, saya mahu mengikut jejaknya.

"Saya juga teringin bertemu dengannya bagi mendapatkan tip dan nasihat serta mendengar pengalamannya ketika baru bermula sehingga sudah menjadi satu nama besar dalam dunia fesyen.

"Saya turut menjadikan orang Malaysia lain yang berjaya di luar negara sebagai sumber inspirasi seperti Datuk Seri Michelle Yeoh dan syarikat Naza," katanya.

Pada masa sama, Zul juga menganggap peluang untuk menerjah ke persada antarabangsa mampu mempopularkan fabrik songket yang diselitkan pada kasut rekaannya, apatah lagi khazanah warisan negara itu mempunyai keunikan tersendiri.

Siapa yang tidak gembira apabila jenamanya sudah dipakai beberapa artis terkenal dan Zul berharap, ia dapat terus dikembangkan lagi menjadi nama besar dalam industri fesyen di dalam dan luar negara.

Anak Negeri Sembilan itu turut menetapkan sasaran supaya jenama Emmet dapat berdiri sama kukuh dan setaraf jenama antarabangsa terkenal yang lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kita juga perlu rajin, sedia bekerja kuat dan elak daripada perasaan mudah putus asa biarpun mungkin ada orang yang tidak suka kepada rekaan kita. Sebaliknya cuba perbaiki dan bertemu dengan ramai orang untuk mempromosikan jenama kita," katanya.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!