DHAKA 28 Mac - Kerajaan Bangladesh memperhebatkan usaha mengekang blog-blog yang dipercayai menghina Islam, selepas sekumpulan aktivis Islam mengugut untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran bagi menuntut penulis blog berfahaman ateis dihukum.
Penolong Pengarah Penguat Kuasa Telekomunikasi, Rahman Khan, semalam berkata, pihaknya telah mengarahkan dua laman web terkenal di Internet supaya membuang beratus-ratus komen menghina Islam yang ditulis oleh tujuh penulis blog.
"Penulisan mereka itu menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Dua laman web tersebut, Somewhereinb log.net dan Amarblog.com akur dengan arahan pihak berkuasa dan memadamkan komen-komen kontroversi berkenaan.
"Pihak kami juga sedang memantau beberapa laman web lain dan memadam mana-mana blog yang menghina Islam bagi memastikan keharmonian negara ini terjamin," katanya
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq