Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

LAHAD DATU - Musuh sembunyi di rumah penduduk

0 komen
Semporna: Kumpulan pengganas Sulu dipercayai berselindung di sebalik kediaman beberapa penduduk tempatan bagi mengelak ditahan pasukan keselamatan Ops Daulat.

Taktik itu dikesan selepas sepasukan polis Komando VAT69, Unit Tindakan Khas (UTK) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu perkampungan rumah atas air Kampung Bangau-Bangau, awal pagi semalam.
Dalam serbuan itu, enam lelaki ditahan termasuk seorang dipercayai suspek utama pengganas Sulu.


Difahamkan, kumpulan terbabit memasuki kampung berkenaan sejak beberapa hari lalu dan cuba mendapatkan perlindungan daripada orang hubungan yang sudah berada lama di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, berkata serbuan dilakukan dengan pengawalan ketat seluruh kawasan kampung oleh pasukan komando bagi mengelak kejadian serang hendap seperti di Kampung Simunul pada 2 Mac lalu berulang.

"Pasukan kita memantau pergerakan suspek sejak awal pagi sejurus menerima maklumat penduduk tempatan mengenai kehadiran lelaki mencurigakan di kediaman datuknya.

Enam ditahan
"Hasil serbuan jam 6 pagi itu, kita menahan enam lelaki berusia antara 30 hingga lewat 50-an, termasuk suspek utama.

"Kita tidak menolak kemungkinan dia berselindung di kawasan itu selepas serangan di Kampung Simunul yang mengorbankan enam anggota polis," katanya.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!