Petaling Jaya: Gergasi Sepanyol, Barcelona bakal membawa barisan bintang utama bagi perlawanan pra-musim menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 10 Ogos depan, menurut Pengarah Urusan Barcelona, Antoni Rossich, semalam.
Ini kerana perlawanan terakhir dalam siri Jelajah Asia 2013 itu yang bermula di Shanghai pada 4 Ogos dan Bangkok (7 Ogos) depan jaraknya hanya beberapa minggu sebelum sepak mula musim baru Liga Sepanyol, hujung Ogos depan.
Ini kerana perlawanan terakhir dalam siri Jelajah Asia 2013 itu yang bermula di Shanghai pada 4 Ogos dan Bangkok (7 Ogos) depan jaraknya hanya beberapa minggu sebelum sepak mula musim baru Liga Sepanyol, hujung Ogos depan.
"Sudah tentu kami menjangkakan dapat membawa skuad terbaik. Tapi semestinya ketika musim panas berlaku keluar masuk pemain. Tapi secara idealnya, kami akan membawa barisan penuh skuad utama Barcelona," kata Rossich pada sidang media di Hotel One World, Bandar Utama, semalam.
FAM anggap sejarah
Pastinya ia memberi peluang buat peminat bola sepak tempatan menyaksikan kelibat Lionel Messi, Cesc Fabregas, Dani Alves, Gerard Pique, Pedro, Xavi, Andres Iniesta, Carles Puyol, David Villa dan penjaga gol, Victor Valdes di depan mata meskipun perlawanan itu jatuh pada hari ketiga umat Islam menyambut Aidilfitri.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, peluang berdepan barisan bintang Barcelona itu perlu dimanfaat sepenuhnya barisan pemain Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal.
"Saya rasa ini kunjungan yang bagus, kali pertama Barcelona datang ke Malaysia, satu sejarah bagi kita dan mereka. Ini satu penghormatan bagi Malaysia sebenarnya dan harap kita boleh buat satu perancangan masa panjang dengan mereka," katanya.
Tiket perlawanan dijual dengan harga serendah RM98.
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq