Rezeki sebagai pelakon, tidak selamanya nama berada di puncak populariti.
Menyedari hakikat itu, pelakon paling popular, Shaheizy Sam memulakan bidang kerjaya baru dengan membuka sebuah kafe sebagai langkah persediaan masa depannya.
Diberi nama Best Time Family Cafe & Grill, kafe di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu dibuka berdasarkan minat pelakon itu sendiri terhadap bidang perniagaan.
"Saya sebenarnya sudah lama berminat untuk membuka sebuah kedai makan dan akhirnya impian itu tercapai juga. Kedai ini saya buka bersama dengan kakak, Zizie Ezette dan seorang ibu saudara kami.
"Menu di sini ada macam-macam termasuk makanan tempatan tetapi istimewanya ialah masakan grill yang merupakan resipi saya sendiri," jelas Sam yang pertama kali membuka premis perniagaan makanan
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq