KUALA TERENGGANU - Calon tertua ketika Pilihan Raya Umum ke-12, Maimun Yusof, 94, berhasrat untuk sekali lagi bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Maimun yang sebelum ini hanya mendapat 685 undi selepas tewas di tangan Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) 32,562. Seorang lagi calon ialah Mohamad Sabu (Pas) yang mendapat 31,934 undi.
Maimun hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di Wisma Persekutuan di sini kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan berada di sana selama sejam untuk mengambil borang penamaan calon
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq