Kuala Lumpur: Esok, harus menjadi satu detik debaran buat Datuk K Rajagobal dalam kerjaya bola sepak.
Pada hari berkenaan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal memutuskan sama ada ketua jurulatihkebangsaan itu harus dihukum atau sebaliknya kerana melanggar Artikel 88. Turut akan dibicarakan adalah mengenai dua pemain Selangor yang terbabit dalam pergaduhan pada 25 Januari lalu.

"Kami akan membicarakan kes Rajagobal dan dua pemain Selangor yang terbabit dalam pergaduhan Rabu ini (esok)," kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak ketika dihubungi semalam.
Peluang bela diri
"Pada perbicaraan itu, Rajagobal akan diberi peluang membela diri selepas menjawab surat pertuduhan sebagai tidak bersalah.
Kita akan menilai kesnya berdasarkan bukti-bukti dikemukakan.
Rajagobal yang didakwa mengkritik majikannya dengan menyalahkan kehadiran ramai penyerang import sebagai punca ketiadaan penyerang semula jadi negara, berdepan kemungkinan digantung enam bulan dan denda RM8,000 sekiranya didapati bersalah.
Dengan kontraknya bersama FAM akan tamat pada Disember, sekiranya Rajagobal digantung enam bulan, Harimau Malaya terpaksa dikendali jurulatih lain menjelang tiga pertemuan penting Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Bahrain dan Qatar yang akan menentukan nasib skuad negara.
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq