Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Facebook didenda tak buang profil palsu

0 komen
Hakim arah wanita diberi RM4,500

Rio De Janeiro: Sebuah mahkamah mengarahkan Facebook Brazil membayar kepada seorang wanita AS$1,500 (RM4,500) kerana gagal membuang satu profil palsu menggunakan nama dan data peribadi mangsa.
Dalam satu kenyataan dihantar kepada agensi berita, mahkamah persekutuan di Brasilia memutuskan, Facebook Brazil perlu membayar pampasan disebut 'ganti rugi moral' yang turut merujuk kepada salah guna gambar wanita terbabit.

Saya hantar bukti identiti dan nombor fiskal tetapi mereka hanya membuang profil terbabit selepas saya mengambil tindakan mahkamah" - Nadya Pereira Justino, Plaintif
Halaman palsu di rangkaian sosial terbabit memaparkan gambar dan data peribadi yang dikirimkan oleh orang lain, kata plaintif.

"Saya melaporkan permasalahan ini tetapi Facebook tidak membuang halaman berkenaan. Malah, saya lakukan apa yang mereka minta saya buat.

Facebook tak bertanggungjawab

"Saya hantar bukti identiti dan nombor akaun tetapi mereka hanya membuang profil terbabit selepas saya mengambil tindakan mahkamah," kata Nadya Pereira Justino kepada portal berita GI.
Facebook Brazil pula memberi hujah bahawa mereka bukannya pengendali halaman rangkaian sosial berkenaan dan sebarang permintaan untuk membuang halaman palsu itu perlu dilakukan melalui Facebook.com.

Tetapi, mahkamah pula memerintah bahawa unit web itu di Brazil perlu bertanggungjawab kerana masalah yang disebabkan kumpulan sama berpejabat di luar negara.

Gantung operasi 24 jam

Pada Ogos lalu, hakim di Santa Catarina memerintahkan penggantungan operasi selama 24 jam Facebook Brazil kerana kegagalan mengalih halaman yang 'menyerang' seorang ahli majlis perbandaran yang cuba bertanding semula dalam pilihan raya bulan depan.

Facebook mencapai perjanjian dengan mahkamah mengelak hukuman atau dikenakan denda harian AS$25,000 (RM75,000) dalam kes tidak mematuhi keputusan hakim.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!