Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Madrasah At-Taqwa dipercayai pusat ajaran sesat Juruzon

0 komen
SHAH ALAM 21 Sept. - Madrasah At-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada 21 Mei tahun lalu, dipercayai menjadi pusat penyebaran ajaran sesat yang dikenali sebagai Juruzon.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin (gambar) berkata, perkara itu terbongkar selepas kejadian tanah runtuh tersebut yang telah mengorbankan 16 pelajar madrasah berkenaan.
 
Menurutnya, selepas siasatan dilakukan, Juruzon juga telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Selangor.
JAIS juga telah bertindak menghentikan segala sumbangan kepada madrasah berkenaan dan pihak Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) jabatan masih membuat pemantauan ke atas ajaran itu dan kesemua bekas pelajar di madrasah berkenaan.
 
Pihak penguat kuasa JAIS kini hanya menunggu laporan R&D bagi tindakan selanjutnya," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri hari ini yang mengingatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan sebuah kumpulan ajaran sesat yang boleh menggugat akidah mereka yang dikenali sebagai ajaran Juruzon.
Khutbah itu menyatakan ajaran berkenaan telah difatwakan sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 23 Februari 2012 dan Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan pada 5 September 1996.
 
Pada masa yang sama, khutbah tersebut yang boleh dirujuk dan dimuat turun menerusi laman web http://www.jais.gov.my itu turut menyatakan ajaran berkenaan terbongkar susulan kejadian tanah runtuh yang melibatkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang telah mengorbankan seramai 16 orang pada 21 Mei 2011.
Berdasarkan siasatan, pihak berkuasa mendapati pengasas madrasah berkenaan adalah individu yang sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Individu berkenaan telah membina Madrasah At-Taqwa yang bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia serta berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 2002 sebagai tapak baru selain dikatakan menjadi pusat kegiatan ajaran Juruzon dan terdapat banyak penemuan serta bukti penyelewengan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
 
Antara penyelewengan yang dilakukan ajaran tersebut ialah meyakini akan kehadiran Guru Ghaib yang turun melalui badan Juruzon dan memberi pengajaran dan arahan kepada ahli kumpulan agar patuh dan setia melalui majlis yang dinamakan Majlis Rabitah.
Selain itu, ajaran Juruzon mendakwa mempunyai bacaan al-Qurannya sendiri yang turun daripada Arasy dan ia bukanlah bahasa Arab seperti bahasa al-Quran, malah, mereka mendakwa bahasa tersebut digunakan selepas mati.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!