Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Pandelela, Wendy teruja hari pertama di UM

0 komen
KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong kembali ke alam persekolahan semalam, dengan diselubungi rasa teruja bercampur cemas.
Mana tidaknya, ia adalah kali pertama gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu kembali belajar selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu.
Bersama rakan sebaya yang juga penerjun kebangsaan, Wendy Ng Yan Yee, mereka melapor diri pada hari pertama sebagai penuntut jurusan Sains Sukan di Universiti Malaya (UM).
 
Gembira, teruja dan cemas. Gembira kerana akhirnya bergelar mahasiswi, teruja kerana dapat mengenali rakan-rakan baru dan melalui kehidupan harian baru, maklumlah kena belajar balik selepas dua tahun meninggalkan SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil)," kata Pandelela ketika ditemui di Pusat Sukan UM di sini, semalam.
Bagi semester pertama, Pandelela dan Wendy tidak perlu ke kelas lima hari seminggu, sebaliknya hanya dua hari iaitu Selasa dan Khamis.
Kami telah diberi taklimat mengenai modul semester ini dan kami rasa tiada banyak masalah untuk membahagi masa antara latihan dan belajar. Kami akan cuba sesuaikan diri secepat mungkin," kata Pandelela.
 
Pemenang pingat perak Sukan Asia Guangzhou 2010, Wendy, ditanya kenapa dia juga memilih Sains Sukan berkata: Dapat belajar di UM yang merupakan universiti terulung negara adalah satu kebanggaan, lagi pun semasa di SSBJ, kami sudah dibiasakan dengan bidang Sains Sukan, jadi apabila ditawarkan saya bertanya kepada diri sendiri kenapa tidak?"
Pandelela dan Wendy bukan kumpulan atlet terjun pertama yang menuntut di UM kerana senior mereka, Bryan Nickson Lomas juga merupakan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam berkenaan.
 
Sementara itu, Pengarah Pusat Sukan UM, Dr. Mohd. Salleh Aman mengalu-alukan dua penerjun Olimpik negara itu yang disifatkan sebagai aset negara sebagai mahasiswi UM.
Perancangan kami untuk Pandelela dan Wendy sangat fleksibel, mengikut keperluan latihan mereka sebagai atlet kebangsaan.
Mereka tetap akan belajar sama modul seperti lain-lain penuntut, tiada keistimewaan cuma pendekatannya berbeza.
Apabila tiba masanya untuk membuat persiapan ke kejohanan penting, mereka akan diberi pelepasan daripada menghadiri kelas tetapi pensyarah kami akan berkunjung ke MSN (Majlis Sukan Negara) untuk mengajar mereka," jelasnya.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!