Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Aurat Terbuka Ketika Solat

0 komen
 
Seperti yang kita maklum aurat di dalam solat adalah sama seperti aurat yang telah digariskan dalam Islam. Jika kita bersolat dalam keadaan menutup aurat, tiba-tiba salah satu bahagian aurat kita terbuka tanpa disengajakan. Adakah aurat yang terbuka itu terbatal? Ini yang menjadi timbulnya persoalan adakah solat kita masih sah ataupun tidak. Ikuti soal jawab di bawah ini.
Soalan :
Assalamualaikum ustaz,
Ada soalan, saya berdiri berhampiran imam dan nampak seluar imamsedikit terlondeh ketika sujud. bahagian pinggul nya terdedah. setahu saya ia aurat kerana sudah berada di bawah paras pusat. adakah saya harus mufaraqah atau terus menggantikan tempat imam?bagai mana kalau ia sudah berada di tahiyyat akhir? boleh kah saya bergerak bangun dan mengganti imam atau sekadar mufaraqah? jzkj.
Jawapan :
Imam as-Syafi'i mengatakan batal solat jika terbuka aurat sama ada banyak mahupun sedikit, perlu diulang solat kecuali tiupan angin yang membuka.
Ibn Qudamah pula berkata tidak mengapa jika tidak sengaja, di mana imam sujud dan auratnya terdedah. Dan selepas itu imam tersebut dihadiahkan pakaian yang lebih besar dan selesa (agar tidak terbuka lagi auratnya).
Kalau makmum yakin solat imam batal, maka mufaraqah untuknya. Apabila solat imam batal, ia juga akan membatalkan solat makmumnya, sebab itulah Imam ini dipilih dari kalangan orang yang alim, baik, adil dan mempunyai bacaan yang baik dari kalangan jemaahnya.
Kalau tidak sengaja, maka teruskanlah solat dan pastikan untuk solat seterusnya digunakan pakaian yang sama agar tidak terbuka auratnya. pilihlah pakaian yang lebih baik.
Pendapat lain yang menyatakan bahawa pakaian yang terbuka disebelah bawah atau ketika sujud, dimaafkan seperti Imam yang memakai kain ketika sujud nampak sehingga pahanya disebelah bawah atau baju melayu yang terbuka apabila dilihat sebelah bawah nampak pusatnya.
 
Kesimpulannya
Saya lebih cenderung kepada pendapat Imam As-Syafi'i, kalau kelihatan pakaian imam menampakkan auratnya ketika solat, maka solat imam tersebut batal dan makmunnya perlu mufaraqah iaitu keluar dari ikut imam. Kalau aurat imam tersebut terbuka disebelah bawah seperti waktu sujudnya atau dipandang sebelah bawah mesti menampakkan aurat imam tersebut, maka ia tidak mengapa dan solatnya sah, sebab aurat yang terbuka disebelah bawah tidak dapat dikawal oleh kita. Sebelum solat lantiklah imam yang diyakini pakaiannya dan bacaannya, kalau tiada yang lebih baik dari kita, maka kita sendirilah yang menjadi imam, kalau tiada juga bertawakallah kepada Allah.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!