SHAH ALAM – Adik Putri Mia Adriana Mohd Nooridan, enam bulan, yang menghidap penyakit hati 'missed biliary atresia' akan dimasukkan ke Hospital Besar Selayang, untuk buang air dalam perutnya yang semakin membesar akibat sistem perkumuhannya tidak normal, hari ini. Ibunya, Nurhashimah Tasim, 27, berkata, anaknya itu akan diberikan ubat bagi menangani masalah tersebut.
Bantuan Diperlukan:
"Perut Mia semakin membesar. Dia sering merengek dan menangis disebabkan terlalu sakit. "Esok (hari ini) Mia akan dimasukkan ke wad. Dia juga akan diberi pemakanan yang sesuai bagi menambahkan berat badannya," katanya.
Dalam perkembangan sama, Nurhashimah terus berharap dapat mencari penderma hati yang sesuai dan mempunyai jenis darah 'O' bagi membantu mengurangkan penderitaan anaknya. Sementara itu, orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan wang ke akaun Maybank Nurhashimah, 162107039647.- SinarHarian
jika memerlukan bantuan penderma hati darah o..saya sudi membantu.. Jika memerlukan sila msg saya di nombo 0123489853 dan wasap di nombo 0176904767
ReplyDelete