Craig Bellamy memberi pendapat tentang pengurus baru, prestasi Liverpool dan pandangan tentang pemain sensasi Malaysia Nazmi Faiz dengan ESPNSTAR
Craig Bellamy telah berkunjung ke Singapura untuk merasmikan jersi baru Liverpool dalam persetujuan enam tahun dengan Warrior, syarikat sukan yang berasal dari Michigan, Amerika.
Inspirasi rekaan baru jersi Liverpool ini adalah dari zama kegemilangan 1964/1965 di bawah pengurusan Bill Shankly yang percaya bahawa warna merah garang dapat mempengaruhi daya mental saingan mereka.
Burung Liver juga telah direka dalam jersi untuk kali pertama sejak tahun 1976 dan 1985 dan baju Warriors ini unik kerana ia yang pertama di dunia yang menggunakan War-Tech, system yang dicipta oleh syarikat itu sendiri.
Teknologi ini menggunakan asas serbuk kopi yang menjadikan fabric antibakteria Scafe, yang cepat kering sambil membolehkan para pemain untuk meregangkan jersi mereka dalam perlawanan.
"Umur tidak bermakna jika kamu mampu menjalankan tanggungjawab." kata Bellamy tentang pelantikan Brendan Rogers.
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq