PETALING JAYA: Pelakon Que Haidar mengakui tiada bakat dalam penulisan skrip telah menyebabkan dirinya lebih cenderung terhadap kerja-kerja belakang tabir seperti pengarahan. Que berkata, sebelum ini dia pernah mencuba untuk menulis skrip selepas digalakkan oleh rakan-rakanya namun gagal kerana tidak pandai bermain dengan ayat. "Kerana tidak dapat watak yang saya inginkan sebagai pelakon, saya cuba menghasilkan skrip bagi mewujudkan jalan cerita dan watak yang sering saya idamkan sebagai pelakon. "Bagaimanapun gagal kerana saya sebenarnya tiada bakat sebagai penulis," ujarnya. Que yang membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan kira-kira setahun lalu, baru-baru ini memberitahu mStar Online dia akan kembali berkalon dalam sebuah teater berjudul Primadona…Perahu Mimpi yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bermula 22 hingga 26 Jun depan. Dalam pada itu, Que memberitahu dia juga teruja dengan kemunculan filem Rock 2 arahan Mamat Khalid penghujung tahun ini dan menganggap ia adalah sebuah karya terbaik daripada pengarah tersebut. Que berkata, kesempatan menonton sebahagian filem berkenaan baru-baru ini telah menyentuh hatinya sebagai pelakon. "Saya tidak bersara tetapi mencari naskah baik seperti filem Rock 2. Jika ada saya pasti akan kembali," ujarnya. Que turut menyarankan semua bintang rock di negara ini keluar menonton filem berkenaan dan yakin mereka akan menangis di penghujung cerita tersebut. "Amy Search kalau datang tengok saya jamin beliau akan menangis selepas menonton filem itu," katanya. |
Tiada Bakat Menulis, Que Haidar Tumpu Pada Pengarahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq