Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Maybank beri ganjaran RM50,000 seorang kepada dua pelanggan

0 komen
KUALA LUMPUR - Malayan Banking Bhd (Maybank) baru-baru ini memberi ganjaran kepada dua pelanggan, masing-masing sebanyak RM50,000 dalam  Akaun Pelaburan Emas Maybank (MGIA), yang merupakan pemenang bertuah dalam fasa pertama kempen "Path to Gold" yang berakhir pada 30 September.

Lempen itu dimulakan pada Ogos, berakhir pada Disember 2012.

Pemenang bertuah itu ialah Tung Thian Lai, 53, dan Puteri Caroline Mohamad Kamel, 20.

Ketua Perbankan Mewah dan Nilai Tinggi, Choong Wai Hong berkata fasa pertama kempen itu berjaya apabila bank merekodkan peningkatan 27 peratus deposit dan aset boleh labur, dan 32 peratus peningkatan dalam pembiayaan.

Beliau berkata kadar itu dicapai selepas mengetepikan kadar pertumbuhan biasa yang direkodkan oleh bank berkenaan di luar tempoh kempen.

"Kempen ini unik memandangkan ia membolehkan pelanggan menang dan mendaftar untuk mana-mana produk Maybank, sama ada pelaburan, simpanan atau pembiayaan.

"Hadiah emas bertujuan membantu mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna mengenai pilihan pelaburan alternatif yang ditawarkan oleh akaun pelaburan emas Maybank.

"Kami melihat semakin ramai pelanggan beralih kepada akaun emas apabila menyedari bahawa ia menyediakan pilihan yang lebih baik bagi melindungi daripada inflasi," katanya.

Keunikan MGIA ialah pelanggan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal, tetapi membeli atau menjual secara mudah menggunakan kata laluan, di mana-mana cawangan Maybank di Malaysia atau menerusi Maybank2u.com.

Pelaburan dalam Akaun Pelaburan Emas Maybank disokong sepenuhnya dengan emas fizikal pada ketulenan 999.9. - Bernama

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!