Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Piala AFF - Fakri Saarani senjata rahsia Rajagopal

0 komen
SEPANG - Ahmad Fakri Saarani mungkin boleh menjadi senjata rahsia skuad Datuk K. Rajagobal pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2012 menentang Thailand di Bangkok, Khamis ini.
Ini kerana bekas pemain Perak, Harimau Muda, Perlis, Negeri Sembilan dan Felda United itu sentiasa menjadi hero ketika waktu terdesak seperti mana dalam beberapa kejohanan besar sebelum ini.
Menurut pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, dia yakin kepada kemampuan skuad kebangsaan walaupun hanya mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.
 
"Saya harap semua pihak memberi sokongan kepada kami.
"Harapan masih belum berakhir, malah selepas kita tewas 0-3 perlawanan pertama peringkat kumpulan kepada Singapura dua minggu lalu, kami semakin meningkat," katanya.
Pemain berusia 23 tahun itu berjanji akan memberi persembahan seratus peratus jika dia diturunkan dalam perlawanan menentang pasukan gergasi Asia Tenggara itu dan berazam menjaringkan gol untuk Malaysia.
"Kami akan cuba mencuba dan yakin dalam perlawanan separuh akhir kedua nanti.
"Saya mengharapkan semua pihak dapat memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Harimau Malaya yang bakal berdepan tugas getir di padang lawan Khamis ini.
 
"Sekarang terpulang kepada jurulatih mahu menurunkan siapa dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain gantian, kami sebagai pemain hanya menuruti sahaja apa yang dilakukan oleh jurulatih," katanya.
Fakri merupakan wira pada perlawanan separuh akhir Sukan SEA 2011 di Jakarta apabila menjaringkan gol kemenangan buat skuad bawah 23 tahun negara pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar.
Kemenangan tersebut membolehkan pasukan bimbingan Ong Kim Swee mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak selepas memenanginya pada Sukan SEA 2009 Laos di mana ketika itu Rajagobal menjadi jurulatih.
 
Pada Sukan SEA di Laos, Fakri turut muncul sebagai penyelamat apabila menjaringkan gol kemenangan mengalahkan Thailand 2-1 di peringkat kumpulan seterusnya membolehkan Malaysia menyingkirkan Thailand pada kejohanan tersebut dan mara ke peringkat separuh akhir.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!