Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Piala AFF: KBS, Air Asia sedia penerbangan khas, RM500 je

0 komen
SHAH ALAM - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan menyediakan penerbangan khas ke Thailand bagi memberi peluang kepada peminat Harimau Malaya yang ingin menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012, Khamis ini.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok.
"Penerbangan khas ini bernilai RM500 yang merangkumi penerbangan pergi dan balik (KUL-DMK-KUL) termasuk cukai airport dan pengangkutan bas DMK-Stadium-DMK.

"Turut disediakan, Hand Carry Luggage sahaja (7 kilogram seorang) dan makanan serta minuman di atas kapal semasa penerbangan balik untuk sekali sahaja," katanya.
Sementara itu, tempat duduk adalah terhad dan tawaran dibuka berdasarkan "siapa cepat, dia dapat."

Penerbangan ini akan bertolak pada pukul 12.55 tengah hari dari LCCT, Sepang Khamis ini dan pulang semula ke Kuala Lumpur pada jam 11.55 malam selepas perlawanan selesai.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Nik Mohd Fitra Wan Jaafar di talian 03-88713629 untuk tempahan tempat duduk dengan memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh tamat tempoh pasport dan RM500.

Tempahan boleh dibuat melalui jam 8.30 pagi hingga 10 malam.

Selain itu, bagi peminat-peminat yang ingin pergi bersendirian atau berkumpulan, KBS turut menyediakan tiket-tiket percuma, namun bilangannya adalah terhad.
Mereka yang telah membuat tempahan boleh terus berjumpa pegawai KBS yang bertugas, Mohd Shafiq Mohd Khan di pintu masuk utama (Grand Stand) Stadium Supachalasai, Bangkok untuk mendapatkan tiket yang ditempah melalui talian khas KBS.

Sebagai maklumat tambahan, semua penumpang diingatkan supaya mematuhi peraturan penerbangan seperti membawa barang-barang yang dilarang termasuk membawa bahan cecair tidak melebihi 100 ml.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!