Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Raih hasil RM3,000 sebulan

0 komen
BESUT - Walaupun bergelar graduan universiti, Mohd Nazri Ghazali, 33, dan rakannya Norfuzilawati Yusof, 28, tidak pernah menyesal apabila terlibat dalam bidang pertanian.

Mohd Nazri Ghazali, graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Norfuzilawati graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Perikanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memilih terlibat dalam mengusahakan tanaman rock melon, di kawasan projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). di sini.

Bagi Mohd Nazri yang berasal dari Teluk Tenggiri, Jitra, Kedah, walaupun memiliki segulung diploma, dia tidak malu memilih bidang pertanian sebagai sumber pendapatan meskipun pada pandangan masyarakat kita, pekerjaan itu tidak memerlukan kelayakan tinggi.

Minat mendalam dalam bidang pertanian mendorong dia menyertai Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT), di Pusat Latihan Pembangunan dan Pengembangan (PLPP), di sini, selama lapan bulan pada 2009.

Selepas itu, dia terus memohon menjadi peserta TKPM dan mengusahakan 10 buah rumah lindungan hujan (bay) dengan kapasiti 5,000 pokok rock melon variasi glamour.
 
"Purata pendapatan saya sekarang tidak kurang RM3,000 sebulan dan kerap memperoleh lebih RM6,000 sebulan," katanya yang puas dengan usahanya selama ini.

Kepuasan menceburi bidang pertanian turut dikongsi Norfuzilawati yang mengusahakan tanaman sama di situ yang turut dibantu suaminya, Mohd Hanif Amali, 24, yang juga lulusan UMT.

Cintanya dalam bidang pertanian mula membara selepas dia menjalani latihan amali Skim Latihan Graduan di TKPM, tahun lalu.

"Saya mula menjadi peserta di sini awal tahun ini dan sekarang saya mengusahakan tanaman masuk musim kedua," katanya.
 
Menurut Norfuzilawati, dia tidak pernah menyesal kerana tidak menjadi pegawai kerajaan ataupun berpeluang untuk bekerja di sektor swasta.

Dia turut menasihatkan supaya graduan menganggur agar tidak memilih pekerjaan dan berharap kerja `makan gaji' semata-mata.

"Buatlah sebarang pekerjaan yang halal dan  sebaik-baiknya kerja sendiri kerana kita lebih bebas dan tidak terikat," katanya yang bercita-cita menjadi pakar perunding tanaman rock melon.

Tambahnya, untuk berjaya, segala perasaan malu, ego dan rasa rendah diri perlu dikikis bagi mencapai matlamat itu.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!