Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Koyak poster PRU: Lelaki dihadap ke mahkamah

0 komen
IPOH 17 April - Seorang pekerja kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret Taiping dekat sini semalam, kerana kesalahan mengoyakkan poster berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) di Dewan Kompleks Kamunting pada Isnin lalu.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Supritendan Maszely Minhat berkata, lelaki Melayu berusia 34 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan itu turut dituduh mengugut seorang lelaki yang menegur perbuatannya dengan sebilah sabit.
"Disebabkan perbuatannya itu, suspek dikenakan tiga pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
"Dia juga didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda serta Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sabit yang digunakan untuk mengugut mangsa," katanya dalam sidang akhbar di IPK Perak di sini hari ini.
Maszely berkata, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih dua tahun dan disebat atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai terutama penyokong parti politik supaya tidak membawa sebarang senjata sepanjang proses pilihan raya dijalankan.
Tambahnya, selain tangkapan lelaki berkenaan, polis turut menerima 92 laporan membabitkan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya dan Kanun Keseksaan sejak Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu.
"Daripada 92 laporan diterima itu, polis telah membuka 13 kertas siasatan iaitu membabitkan kesalahan memasang kain rentang yang sensitif, merosakkan harta benda milik parti bertanding, mencabut bendera, menyebar risalah provokasi dan fitnah terhadap calon bertanding," katanya.
Dalam pada itu, Maszely berkata, polis akan menutup beberapa jalan dan menyediakan lencongan di sekitar negeri ini bagi melancarkan proses penamaan calon pada Sabtu ini.
Katanya, orang ramai diminta mematuhi arahan polis trafik yang ditugaskan mengawal lalu lintas dan menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan bermula pukul 7 hingga 11 pagi.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!