Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

PRU13: Najib janji selesaikan masalah banjir di Kota Raja

0 komen
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berjanji akan menyelesaikan masalah banjir di Kota Raja jika Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Selain masalah banjir, beliau juga bercadang membina rumah mampu milik bagi penduduk di situ sekiranya ada tanah bagi tujuan itu.
Bagaimanapun, Najib berkata pengundi Kota Raja perlu menyokong calon BN bagi memastikan Selangor kembali semula ke tangan BN.


Najib, merangkap Pengerusi BN, berkata demikian di hadapan kira-kira 5,000 orang pada majlis 'Showcase 1Malaysia' kawasan Kota Raja.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Raja, Datuk S. Murugesan, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas, T. Mohan dan calon DUN Sri Muda, Mohd Abdul Raof Mokhtar.

Najib, yang mengadakan lawatan sehari ke beberapa kawasan di Selangor, yakin BN dapat menguasai semula kerusi Parlimen dan DUN di negeri itu yang terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lepas.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan sokongan mantap rakyat Selangor yang bertekad mahu keluar dari belenggu pentadbiran pakatan pembangkang selepas kebajikan dan kepentingan mereka diabaikan selama lima tahun.
Justeru, beliau meminta rakyat memahami kesungguhannya bekerja keras tanpa mengira waktu agar BN bukan sahaja merampas negeri itu, bahkan menang dengan besar agar pembangunan yang ditinggalkan sejak 2008 dapat diteruskan.

"Satu undi untuk BN adalah satu undi untuk masa depan yang lebih hebat dan lebih cemerlang lagi. Saya jamin sebab kita sudah ada dasar-dasar dan telah melaksanakannya," katanya.

Pada majlis itu, lima bekas anggota parti parti pembangkang yang mewakili 200 orang menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri dan BN

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!