Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

‘Murtabak Bawah Pokok’ Popular Di Johor

0 komen
PONTIAN- Bau aromanya mampu membuka selera. Bagi pelanggan setia murtabak Pak Hamid, gerai di hadapan Dewan Jubli Intan Pontian pasti dikunjungi bila teringatkan akan keenakan hidangannya yang tersendiri.
Turut dikenali sebagai 'murtabak bawah pokok', gerai yang berada berhampiran dengan rimbunan pokok sekali gus menjadi tempat pengunjung menikmati hidangan sambil diserikan dengan pemandangan Selat Melaka.
Bagi pengunjung tetap, mereka berpendapat murtabak yang dijual oleh Abdul Hamid Abu, 55, sejak 34 tahun lalu adalah terbaik kerana menggunakan resipi asli dan unik.
 
Uniknya, setiap lapisan akan diletakkan adunan daging yang mempunyai rasa rempah tersendiri yang dimasak bersama telur dan bawang. Di samping harganya yang berpatutan, gerai Hamid Murtabak tidak putus-putus dikunjungi pelanggan sebaik dibuka pada jam 2  petang.
Malah, dalam beberapa jam sahaja, hampir 50 keping murtabak bersaiz 'king' akan habis dijual. "Setiap hari, tak menang tangan saya hendak melayan permintaan orang ramai yang mahu membeli murtabak, lebih- lebih lagi di bulan Ramadan," katanya yang turut dibantu anak-anak.
Bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan, dia turut menyediakan perkhidmatan tempahan melalui telefon.
Jelasnya, terdapat lima jenis murtabak di dalam menunya yang boleh dipilih pelanggan mengikut saiz  dam ianya bermula dengan harga serendah RM3.
"Murtabak King yang berharga RM14 adalah paling digemari kerana saiznya yang besar, selain mempunyai lima lapisan," katanya yang juga adalah pesara Majlis Daerah Pontian (MDP) ini.
Murtabak pelbagai jenis saiz boleh didapati.
Bagi pelanggan yang hendak membawa pulang istimewa ini, murtabak ini akan dibungkus dengan cara tradisi menggunakan daun pisang.
Bagi bekas pesara Majlis Daerah Pontian( MDP) ini, dia sedaya upaya cuba mengekalkan mutu murtabaknya meskipun berhadapan dengan harga barangan yang sedang meningkat.
"Gerai ini sudah dibuka sejak tahun 1978. Ketika itu ia berada di sebelah bangunan Tabung Haji dan selepas terbakar enam tahun kemudian, kami berpindah di gerai berhampiran Terminal Pengangkutan Awam Pontian Lama, "Kami mula beroperasi di gerai baru pada tahun 1998 sehingga ke hari ini," katanya.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!