Tentu tidak ada apa salahnya berdoa untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya. Sebagai sebuah negara demokrasi, peluang untuk menguasai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu memang terbuka kepada semua, tanpa mengira parti.
Niat yang baik elok disertakan dengan doa, mudah-mudahan dimakbulkan Yang Maha Pencipta.
Tidak salah juga berdoa untuk menjadi perdana menteri. Itu satu cita-cita murni. Ramai orang, termasuk kanak-kanak sekolah, mengidam – malah ada yang termimpi-mimpi – untuk menduduki kerusi No.1 negara itu.
Setinggi mana pun keinginan, sebagai hamba yang kerdil, kita hanya digalakkan berdoa. Siapa sahaja yang berhasrat boleh berdoa setiap masa, di mana sahaja. Jika doanya diterima Yang Maha Mengetahui, cita-cita murni itu akan tercapai, dan jadilah dia Yang Amat Berhormat.
Pendek kata selain berusaha keras, cita-cita yang murni hendaklah diiringi dengan doa ikhlas. Lagi banyak kita berdoa, lagi tinggi kemungkinan kita akan mencapai apa yang diidamkan. Maka teruslah berdoa untuk menguasai Putrajaya atau menjadi perdana menteri. Itu tidak salah.
Tetapi, secara peribadi saya tidak bersetuju doa mencerca @ melaknat, lebih-lebih lagi sekiranya yang dicerca itu adalah saudara seagama, malah sama sebangsa. Itulah yang terjadi di Kota Bharu, Negeri Serambi Mekah, minggu lalu.
Nik Razi Nik Mat, adik kepada Tuan Guru, mengimamkan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV, sempena muktamar parti. Beribu orang menghadiri solat hajat berkenaan. Ini bukan solat hajat pertama di stadium tersebut. Tidak ada salahnya melakukan solat hajat untuk maksud-maksud tertentu.

Apa yang tidak berapa sedap ialah doa di akhir solat tersebut memohon kehancuran Umno dan kemusnahan BN. Seperti yang disiarkan menerusi TV, petikan doa tersebut dilihat dan didengar dengan jelas menerusi jeritan jemaah yang antaranya menyebut berulang kali: "KO BN! KO Umno!"
Kandungan penuh doa tersebut disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan. Semua orang boleh membacanya, dan menilai sendiri sama ada doa seperti itu wajar atau tidak. Beberapa orang pemimpin tertinggi Pas mempertahankan doa tersebut. Mereka bersetuju parti musuh diseranah.
Sama ada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan lain-lain ulama besar dalam parti Islam itu tentu mempunyai alasan tersendiri ketika menyokong dan mengaminkan doa tersebut.
Setakat ini tidak ada seorang pun pemimpin parti Islam itu menyatakan tentangan terhadap doa tersebut. Hujah mereka ialah Umno dan BN menolak Islam, maka parti itu patut dihancurkan. Malah ada yang menuduh Umno murtad. Mudah sangat orang kita membuat tuduhan.
Sebagai orang biasa tidak langsung saya berhasrat untuk menghujah, jauh sekali memperkecil para ulama. Mereka lebih mengetahui. Cuma, rasanya saya belum tergamak memohon atau mengaminkan doa yang mahu menghancur dan memusnahkan sesama Islam, sesama Melayu. Sebab yang diaminkan itu mungkin memudaratkan sanak-saudara, suku-sakat, atau keluarga terdekat saya.

Seburuk-buruk saudara sedarah sedaging, tidak sampai hati saya untuk mendoakan kelaknatan buat mereka. Tambahan pula sebagai agama murni, Islam menggalakkan kita selalu mendoakan yang baik-baik sesama saudara. Mudah-mudahan doa seperti itu dimakbulkan, dan saudara yang buruk itu berubah menjadi baik.
Dari sudut lain pula, apa agaknya pandangan orang bukan Islam apabila melihat dengan jelas lagi lantang – menerusi TV – pemimpin dan umat Islam mendoakan kehancuran sesama seagama? Di mana hilangnya seruan perpaduan umah, sekiranya sesama Islam saling melaknati? Saya tidak layak mengulas panjang. Para ulama tentu lebih arif menilai hal ini.

Serba salah dibuatnya apabila beberapa orang sahabat bukan Islam saya – ada Kristian, Hindu, Buddha – pun menyatakan keprihatinan terhadap doa di Serambi Mekah itu. Ada yang bertanya sinis: "Pernahkan awak dengar doa seperti ini dilakukan oleh agama lain?"
Mungkin ada, tetapi saya belum pernah mendengar atau terbaca pemimpin Kristian memohon dilaknatkan orang Kristian lain.
Doa adalah hak setiap orang. Tidak kira untuk kebaikan atau keburukan, yang berdoa berharap doanya dimakbulkan. Tetapi kerap juga terjadi kelaknatan itu akhirnya berbalik semula kepada orang yang berdoa. Sebab itu berhati-hatilah apabila berdoa.

No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq