PERAK melakukan kejutan apabila mahu menggunakan khidmat penyerang penyerang West Ham United, John Carew yang sedang beraksi dalam Liga Perdana England untuk saingan Liga Super musim 2013, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.
Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, perbincangan secara serius sedang dijalankan dengan ejen penyerang West Ham United itu.
Beliau berharap perbincangan antara Perak dengan ejen itu akan membuahkan hasil yang menggembirakan skuad Seladang.
"Kami masih meneruskan perbincangan mengenai terma-terma tertentu termasuk pembayaran gaji dan sebagainya," jelas Azwan pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) di Ipoh petang semalam.
Ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah; penolong pengurus, Isham Sharuddin dan setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamluddin turut hadir pada sidang akhbar tersebut.
John Carew merupakan penyerang utama Norway dan pernah beraksi dalam 91 perlawanan antarabangsa dengan menjaringkan 24 gol sejak tahun 1998.
Selain West Ham United, Carew pernah bermain dengan Stoke City, Aston Villa, Lyon (Perancis), Besiktas dan Roma (Itali).
Selain Carew, Azwan berkata, Perak turut mengintai beberapa pemain ternama dari Rusia, Brazil, Oman dan Liberia.
"Perak akan memuktamadkan pengambilan dua pemainnya selewat-lewat 3 Disember depan untuk didaftarkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," jelasnya.
Perak sedang mengejar masa bagi mendapatkan dua pemain import untuk menggantikan Michal Kubala dan Albert Bodjongo.
Skuad Seladang juga akan mendaftar seramai 22 orang pemain tempatan pada 30 November ini
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq