WASHINGTON: E-mel peringkat dalaman di kalangan pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) mendapati tiada kelasi menyaksikan pengebumian Osama bin Laden dari kapal USS Carl Vinson manakala upacara itu mengikut amalan Islam.
Maklumat itu diperolehi menerusi Akta Maklumat Bebas, iaitu maklumat kerajaan mengenai kematian pemimpin Al-Qaeda itu, yang mana buat pertama kali didedahkan kepada umum,
Maklumat itu diperolehi menerusi Akta Maklumat Bebas, iaitu maklumat kerajaan mengenai kematian pemimpin Al-Qaeda itu, yang mana buat pertama kali didedahkan kepada umum,
Satu e-mel rahsia yang dihantar seorang pegawai kanan tentera laut pada 2 Mei 2011 menerangkan bagaimana mayat Osama Bin Laden dimandikan, dikafankan dengan kain putih dan diletakkan ke dalam beg berat.
Osama bin Laden dibunuh pasukan keselamatan operasi khas Amerika Syarikat (AS), SEAL yang menyerang kawasan persembunyian beliau di Abbottabad, Pakistan pada 1 Mei 2011. - AP
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq