Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

3 Kawan Nyaris Maut Ditetak Ketika Final Liga Juara di Shah Alam

0 komen
 
 
SHAH ALAM – Tiga sekawan yang dipercayai sedang minum sambil menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Chelsea dan Bayern Munich di sebuah kafe kelab golf di sini nyaris maut ditetak empat penjenayah, awal pagi Ahad.
Mangsa dan empat penjenayah terbabit merupakan pelanggan kafe tersebut.
 
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, penjenayah yang dipercayai mabuk kemudiannya menghampiri mangsa dan berlaku pertengkaran kecil kira-kira jam 3.40 pagi.
 
Beliau berkata, akibat tidak puas hati, penjenayah yang pada awalnya sudah beredar datang semula dengan bersenjatakan parang.
"Mereka terus menyerang dan menetak mangsa di beberapa bahagian anggota badan. Pelanggan lain dan pekerja kafe tidak berani untuk membantu kerana bimbang turut menjadi mangsa.
 
"Setelah mangsa rebah dan tidak bergerak, mereka melarikan diri bersama parang terbabit," katanya.
Beliau berkata, selepas penjenayah melarikan diri, pemilik kafe menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.
Katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Seksyen 11 yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa masih bernyawa dan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di atas lantai.
 
"Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan," katanya.
Difahamkan, semua mangsa dilaporkan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi PPUM.
Zahedi berkata, motif kejadian tersebut masih disiasat dan gerakan memburu penjenayah terbabit sedang giat dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!