Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Gambar - Nazmi Perlu Manfaatkan Peluang Bermain Di Liga Utama Portugal & Eropah

0 komen
 
 
PETALING JAYA – Pemain tengah skuad Harimau Muda A Mohd Nazmi Faiz Mansor dinasihatkan supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang bermain dengan kelab bola sepak di Portugal.
Bekas pemain Selangor dan Negeri Sembilan K.Gunalan berkata kejayaan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu untuk bermain di benua Eropah, yang sememangnya terkenal dengan sukan bola sepak, menunjukkan Malaysia mampu melahirkan pemain yang mencapai standard antarabangsa.
"Seperti yang kita tahu, bukan senang untuk diterima bermain dengan kelab di Eropah memandangkan mereka sudah mempunyai satu standard permainan bola sepak yang tinggi.
"Selain itu, peluang untuk bermain dengan kelab itu juga merupakan penghormatan buat negara kerana ia datang hanya sekali seumur hidup," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Kem Bolasepak Remaja Allianz Malaysia Berhad di sini, hari ini.
Gunalan kini berkhidmat sebagai Ketua Penyelidik Teknikal Persatuan Bola Sepak Selangor.
Akhbar hari ini melaporkan, Mohd Nazmi, 17, telah menandatangi kontrak tiga tahun sehingga Jun 2015 dengan kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar, yang berpangkalan di bandar Aveiro.
Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Shahrin Majid menyifatkan peluang itu membuktikan Malaysia mampu melahirkan pemain-pemain muda yang berbakat.
"Semua pihak termasuk Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bolasepak Malaysia harus memberi sokongan moral kepada Mohd Nazmi kerana saya melihat beliau merupakan pemain yang berpotensi untuk menyerlah pada masa depan," katanya.
Menyifatkan Mohd Nazmi sebagai 'legenda dalam pembikinan', Shahrin yang pernah menjulang beberapa kejuaraan liga bersama Selangor pada era 90-an berkata pihak terlibat sewajarnya mengiktiraf kejayaan pemain muda tersebut.
"Sebelum ini, kita asyik sebut  pasal (legenda bola sepak  kebangsaan) Allahyarham Mokhtar Dahari dan Azizul Abu Hanifah pada era 90-an yang menampilkan aksi cemerlang ketika zaman kegemilangan masing-masing namun kini muncul seorang pemain muda yang berbakat.
"Saya yakin sekiranya bakat beliau mampu menonjolkan diri dalam pasukan, beliau mungkin menjadi pemain legenda negara pada masa akan datang," katanya yang kini berkhidmat sebagai penolong jurulatih bola sepak Angkatan Tentera Malaysia. – Bernama

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!