Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

27 Pemain Skuad Harimau Malaya Diuji Bertemu 2 Kelab EPL

0 komen
KUALA LUMPUR – Seramai 27 pemain dipanggil menjalani sesi latihan dan pemilihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan ini.
Pemain yang dipilih akan berpeluang berdepan dengan Arsenal FC pada 24 Julai sebelum menentang juara Piala Barclay 2011/2012 Manchester City pada 30 Julai, kata Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini.
Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung bermula pukul 9.45 malam.
FAM juga sedang mengatur latihan pusat di luar negara bagi skuad tersebut dari 4 hingga 16 Ogos depan.
Penyerang kebangsaan yang bermain di kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd Safee Mohd Sali juga dipanggil pulang menyertai latihan skuad Harimau Malaya itu.
 
HARIMAU MALAYA
Selain itu, mereka yang dipanggil menyertai latihan ialah Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah); Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor); Ahmad Shakir Md Ali, Mohd Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan (Negeri Sembilan).
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam (Kelantan); Mohamad Ashaari Samsudin, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhamad (Terengganu); Azamuddin Mohd Akil (Pahang); Md Rozaimi Abd Rahman (Sabah); Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A); Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohd Azmi Muslim (ATM) dan Yong Kuong Yong (Felda United FC). – Bernama

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!