Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

PM Umum Dana Sukarelawan DRe1M RM100 Juta

0 komen
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mengumumkan peruntukan RM100 juta kepada Dana Sukarelawan Satu Malaysia (DRe1M) untuk menyokong aktiviti sukarelawan di kalangan belia negara ini.
Menurut beliau, dana ini boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk sukarelawan melibatkan golongan belia.
"Belia digalakkan memohon menggunakan permohonan di atas talian (online) bagi memudahkan dan mempercepatkan proses bagi mendapatkan dana," kata beliau pada majlis pelancaran program 1Malaysia For Youth (1m4U) di sini, hari ini.
Tambah beliau, dana ini juga merupakan 'seed money' bagi para belia gunakan dalam menjalankan sebarang aktiviti yang berasaskan sukarelawan.
"Apa-apa aktiviti berbentuk sukarelawan seperti gotong-royong, membersihkan kawasan pantai layak memohon dana ini," kata beliau.
Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan Negara.
Selain itu, stesen radio im4u akan dilancar tidak lama lagi.
Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membuat 'walkabout' di 'Esplanade KLCC' – Foto Bernama
"Tujuannya ialah untuk mencungkil bakat dan idea para belia negara. Suara belia adalah untuk negara bagi menjamin pembinaan negara," katanya.
Katanya, transformasi negara dan suara belia adalah sangat penting bagi pembangunan sebuah negara yang lebih maju di masa akan datang.
"Gelombang belia yang berhimpun pada hari ini bakal mengangkat martabat negara lebih tinggi di mata dunia.
"Jika belia terus menyokong kerajaan, belia jugalah yang bakal melakukan transformasi yang lebih maju dan meningkatkan pendapatan negara," katanya.
Malah, beliau juga menyeru para belia negara ini agar cintakan keamanan yang dikecapi bagi memastikan ia tidak dicalar oleh mana-mana insiden yang memberi imej negatif kepada masyarakat dunia.
Menurutnya, negara tidak mahu menimbulkan sebarang unsur perbalahan atau rusuhan kerana Malaysia dikenali sebagai negara yang aman dan makmur.
"Tujuan utama lokasi KLCC ini dipilih bagi pelancaran  program 1Malaysia For Youth (1m4U)  juga bagi membuktikan kepada para pelancong yang Malaysia merupakan negara yang maju dan makmur," katanya.
Katanya lagi, jika negara aman, segala yang diimpi pasti menjadi kenyataan.
"Belia jugalah yang menentukan masa depan negara menjadi lebih baik dan diharapkan transformasi besar-besaran bakal menjadi kenyataan," kata beliau.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!