Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Honda Jazz Si bertambah sporty

0 komen

Supermini popular di UK kini menambahkan lagi varian sedia ada dengan pengenalan Honda Jazz Si. Dikeluarkan dari kemudahan pengeluaran di Swindon bersama-sama varian yang lain, Jazz Si dibina berasaskan varian 1.4 ES manual, tetapi dengan tambahan beberapa ciri lebih sporty. Bahagian luaran telah dikemaskini dengan bampar depan dan belakang sport termasuk 'side skirts' dan rim aloi 16 inci. Jazz Si turut menampilkan cermin privasi, lampu kabus depan dan lencana Si di but belakang untuk menonjolkan spesifikasi sport yang ada padanya.

Honda Jazz Si 2 Honda Jazz Si bertambah sporty
Untuk memastikan kestabilan sewaktu pemanduan, suspensi Jazz Si telah disemak dan ditala semula dengan penggunaan 'damper' baharu dan 'anti-roll bar' yang besar di bahagian depan. Sistem stereng kuasa juga mengalami naik taraf semula bagi meningkatkan rasa dan respon pengendalian. Dengan tambahan ciri-ciri menarik seperti itu, Jazz Si terus mengekalkan karakter sebenarnya iaitu mudah dipandu dan selesa, mampu melakukan perjalanan jauh dan ianya juga seronok untuk dipandu.
Honda Jazz Si 3 Honda Jazz Si bertambah sporty
Bahagian interior turut mendapat suntikan baharu dengan roda stereng menerima kemasan kulit, tempat duduk dengan sokongan warna hitam dan perak dan manfaat daripada ciri kawalan pelayaran (cruise control). Jazz Si boleh didapati dalam empat warna yang menyerlahkan gaya keremajaannya; Merah (Milano Red), Hitam (Crystal Black), Putih (White Orchid) dan Biru (Azure Blue). Jazz Si ditawarkan pada harga atas jalan £14,550 dengan pilihan versi Si-T yang boleh didapati pada harga £15,545 (OTR) dengan tambahan navigasi SD dan integrasi Bluetooth.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!