Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Tahniah - Leftenan Komander (K), Pangkat Baru Lee Chong Wei

0 komen
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei semalam menerima pengtauliahan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSS- TLDM) daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Chong Wei berkata anugerah tersebut yang berkuat kuasa 1 Mei lepas sekurang- kurangnya memberi dorongan kepadanya dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik London 2012 hujung bulan ini.
"Anugerah ini menyuntik semangat saya untuk bermain dengan lebih baik, tambahan pula saya baru pulih daripada kecederaan kaki yang dialami pada Piala Thomas yang lalu."
 
DATUK Lee Chong Wei hari ini menerima pemakaian pangkat Lee Chong Wei (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) di Wisma Pahlawan di Kuala Lumpur. Hadir sama, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (kiri). – Foto BERNAMA
 
Beliau berkata demikian pada majlis yang berlangsung di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur semalam.
Chong Wei yang bakal melangsungkan perkahwinannya tahun depan berkata, penyertaannya pada Sukan Olimpik kali ini adalah yang terakhir, dan segala perancangan mengenai perkahwinannya hanya akan diumumkan selepas temasya sukan itu.
"Sekarang saya hanya fokus kepada latihan untuk memberi persembahan terbaik dan memperoleh pingat untuk negara," katanya.
Mengulas lanjut mengenai pengtauliahan pangkat itu, Chong Wei berharap ia mampu menggalakkan lebih ramai ahli sukan profesional menyertai pasukan beruniform seperti PSSTLDM.
"Sebagai penerima pangkat, saya akan berkongsi segala pengalaman, suka duka sebagai atlet yang berjaya mempertahan kedudukan ranking No. 1 dunia selama empat tahun berturut-turut," katanya.
Chong Wei menduduki ranking No. 1 dunia mulai 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.
Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, penganugerahan pangkat kehormat adalah untuk mengiktiraf peranan sektor awam dan swasta dalam usaha menarik minat lebih ramai golongan profesional menyertai PSSTLDM.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!