Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Mandi di Bulan Ramadhan

0 komen
Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya apa hukumnya jika seseorang itu mandi sebelum waktu berbuka iaitu kira-kira setengah jam sebelum berbuka untuk memudahkannya untuk menunaikan ibadah jemaah maghrib di surau akibat kekotoran setelah bersukan? harap Ustaz dapat jelaskan
 
Jawapan: Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., mandi adalah harus bagi orang berpuasa sama ada untuk menyucikan diri atau untuk meredakan kelesuan badan kerana puasa. Keharusan mandi untuk menyucikan badan (dari hadas besar), sabit di dalam hadis dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; "Rasulullah s.a.w. bangun pagi (setelah masuk waktu subuh) dalam keadaan berjunub, kemudian baginda mandi dan berpuasa" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).
Adapun mandi dengan tujuan menyejukkan badan untuk meredakan keletihan puasa, keharusannya sabit dalam hadis dari beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang menceritakan; "Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-'Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan" (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim).
 
Kesimpulannya, mandi pada bila-bila masapun hukumnya harus bagi orang berpuasa berdalilkan hadis di atas kerana tujuan mandi tidak lari dari apa yang dilakukan Nabi s.a.w. tersebut. Namun hendaklah ketika mandi itu jangan berlebihan hingga air masuk ke kerongkong (terutamanya orang yang mandi dengan berendam/berenang) atau air masuk ke dalam corong telinga (yang mengikut sebahagian ulamak akan membatalkan puasa).
Wallahu a'lam.
Rujukan:
1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/78.
2. al-Wajib Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Kitab al-'Aziz, Dr. Abdul-Adziem Badawi, hlm. 204.
3. Fiqh al-'Ibadat, Syeikh Hassan Ayyub, hlm. 435.
 

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!