Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Doa dalam sujud dekatkan diri dengan Tuhan

0 komen
Dalam menjalani kehidupan harian yang sibuk dan padat, kita sering terlupa bahawa Allah SWT sentiasa berada bersama kita dan Allah SWT berjanji akan memudahkan urusan seharian jika kita meminta kepada-Nya.

Bukan hanya kepada perkara yang besar, sekecil-kecil perkara pun, Allah SWT itu Maha Mendengar keluhan hambanya.
Seperti firman-Nya dalam Surah al Mu'min ayat 60: "Dan Tuhanmu berfirman, Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina."


Baginda Rasulullah SAW sendiri bersabda yang maksudnya: "Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab Baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak." (Riwayat at Tirmirzi)

Adab-adab doa

Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadat. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

Ketika berdoa pula, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dimohon), janganlah berdoa dengan mulut saja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dimohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa berkenaan kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.
Bagi memudahkan doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu adalah perkara baik.

Begitu juga Allah SWT yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang dilakukan.

Perbanyak doa ketika sujud

Dari Ibnu Abbas ra katanya: "Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika Baginda SAW sakit sebelum wafat), ketika jemaah sedang solat berjemaah diimamkan Abu Bakar. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang Muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza Wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah SWT."

Kedudukan sujud ialah dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada Nabi Adam AS bererti inilah tingkat tertinggi daripada satu penghormatan.

Sujud hanyalah untuk Allah. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi daripada rasa hormat adalah "Sujudlah pada Ku." Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud.

Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekali gus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan yang paling Agung.

Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Sujud juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian.

Sumber koleksi hadis Jakim.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!