Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Piya akan buat sesuatu malam ni

0 komen
KOTA BHARU - Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak percaya kaptennya Mohd. Badhri Radzi atau Piya mampu menghadirkan sesuatu kepada skuad kebangsaan dalam aksi kelayakan Piala Asia menentang Yemen di Stadium Shah Alam, malam ini.
Hodak berkata, Piya mempunyai kualiti dan keupayaan tersendiri untuk memberikan nafas baharu buat pasukan kebangsaan.
 
Menurutnya, beliau percaya Piya tidak berdepan masalah menyesuaikan diri dengan corak latihan Rajagobal meski pun hanya sempat menjalani latihan selama seminggu bersama skuad kebangsaan.
"Bagi saya Piya menunjukkan prestasi baik meski pun hanya bermain 45 minit pada perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi tempoh hari.
"Dia sudah menunjukkan peningkatan termasuk membantu Kelantan menewaskan Ayeyawady United 3-1 dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) minggu lalu," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang Tumpat FA di sini semalam.
 
Tambahnya, ramai yang tidak mengetahui pemain tersebut sebenarnya keletihan selepas mengharungi banyak perlawanan dalam tempoh singkat tetapi dia cukup bersemangat menyarung jersi kebangsaan.
Dalam perlawanan tersebut, The Red Warriors nyata bukan tandingan Tumpat FA yang beraksi dalam saingan Liga FAM apabila mudah membenam pasukan lawan 6-0.
Sementara itu, Hodak berharap dapat menggunakan khidmat tiga tonggak yang beraksi bersama skuad kebangsaan untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi PKNS dalam aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu 25 Mac ini.
 
Tiga tonggak tersebut ialah kapten pasukan Mohd. Badhri Radzi, pemain tengah Mohd. Shaakir Shaari serta penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Katanya, berkata, ketiga-tiga pemain tersebut amat diperlukan bagi memastikan The Red Warriors mampu melangkah ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA musim ini.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!