Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Jamalul Kiram dakwa ada pihak mahu bunuhnya

0 komen
MANILA - Satu pasukan asing didakwa tiba di negara ini untuk membunuh pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III, kata jurucakapnya, Abraham Idjirani.Menurut akhbar Philippine Daily Inquirer semalam, skuad itu juga didakwa akan membunuh penasihat Jamalul Kiram Pastor 'Boy' Saycon.
 
Pada satu sidang media semalam, Idjirani mendedahkan, seorang kolonel tentera asing bersama empat komando dan tiga pembunuh upahan tempatan didakwa akan membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.
 
Idjirani meminta pihak Biro Siasatan Kebangsaan dan polis tentera Filipina untuk menyiasat maklumat perisikan masing-masing bahawa skuad bunuh itu kini tinggal di Hotel Maxim di bandar Pasay.
Idjirani berkata, seorang peguam yang dikatakan didekati anggota-anggota skuad berkenaan telah memberitahu Saycon mengenai plot tersebut.
 
Para pengikut Jamalul Kiram sebelum ini menceroboh Lahad Datu, Sabah untuk menuntut tanah nenek moyang Kesultanan Sulu pada 12 Februari lalu.
Pertempuran kemudian berlaku melibatkan para pengikut itu dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang melibatkan sejumlah kematian

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!