Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Kesan restoran halal melalui telefon pintar je

0 komen
Kuala Lumpur: Penggunaan teknologi 'Near Field Communication' (NFC), membolehkan umat Islam mengesan restoran yang memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui telefon pintar.

Teknologi NFC melalui aplikasi 'Halal Square' dan rangkaian sosial 'Halal Inside' bukan saja membolehkan pengguna mengesan restoran di negara ini yang memiliki sijil halal, malah turut mampu mengenal pasti premis makanan halal di 58 negara luar yang bekerjasama dengan JAKIM.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata penggunaan aplikasi itu yang membolehkan pengesanan awal dilakukan melalui telefon pintar dari sejauh 500 meter, juga mampu mengesan sebarang penipuan membabitkan sijil halal kerana pengguna boleh melakukan semakan melalui teknologi terbabit.


Beliau berkata, kaedah baru itu selaras perkembangan masa kini di mana orang ramai menggunakan pelbagai gajet termasuk telefon pintar bagi mendapatkan maklumat.

Pacu perkembangan industri halal

"Melalui aplikasi ini, pengguna telefon pintar akan mendapat isyarat melalui getaran pada telefon bimbit apabila berada kira-kira 500 meter dari premis makanan yang mempunyai pensijilan halal JAKIM. Saya yakin ia mampu memacu perkembangan industri halal ke tahap lebih tinggi," katanya.

Jamil Khir berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Global Pelaksanaan Sistem Pengesanan Pensijilan Halal Malaysia berasaskan penggunaan teknologi NFC-Halal Square dan Halal Inside yang dibangunkan bersama JAKIM dan Malaysia Microelectronic Solutions Sdn Bhd (My-MS), di sini semalam.
Hadir sama Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif My-MS, Shafiq Akmal Ismail.

Sementara itu, Shafiq berkata, teknologi NFC adalah satu sambungan atau komunikasi dua peranti dengan menyentuh satu sama lain atau mendekatkan pada jarak tertentu dan kini diguna pakai di luar negara termasuk oleh syarikat terkemuka seperti Starbuck dan Citibank.

Katanya, melalui teknologi pintar itu, jika ada salah guna sijil halal JAKIM, maklumatnya akan terus disalurkan kepada jabatan berkenaan untuk tindakan lanjut.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!