Lahad Datu: Operasi menggeledah di sekitar Tanjung Batu, di sini dijangka selesai sepenuhnya hari ini dengan bantuan kereta perisai jenis Adnan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata fokus utama buat masa ini adalah Tanjung Batu dan semalam berlakunya empat pertempuran bermula awal pagi hingga 5.30 petang.
Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kematian dan kecederaan dilaporkan.


"Kita meneruskan lagi operasi di kawasan ini dan dijangka akan selesai sepenuhnya hari ini. Selepas ini kita akan keluarkan mayat di kawasan terbabit sebelum bergerak ke lokasi lain," katanya.