Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Pendatang Yahudi untung besar

0 komen
Baitulmaqdis: Anggota kerajaan campuran baru Israel yang kebanyakannya penyokong dasar membina penempatan Yahudi, mengangkat sumpah jawatan semalam, dua hari sebelum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, memulakan lawatan.
Selepas lebih daripada 40 hari berunding, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengumumkan beliau memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan.


Netanyahu berkata, beliau mendapat sokongan 68 daripada 120 anggota Knesset (Parlimen).

Daripada jumlah itu, 19 adalah anggota parti Yesh Atid dan HaTnuah (enam) yang mahu rundingan damai disambung.

Dikuasai Likud-Beitenu

Bagaimanapun, ia dikuasai blok Likud-Beitenu (31) dan sekutu barunya, Jewish Home (12), parti berhaluan kanan yang mendapat sokongan pendatang Yahudi.
Meskipun rakan terbesar Likud ialah Yesh Atid, ramai anggota Kabinet baru adalah daripada parti lain yang menyokong pembinaan penempatan yang segera memberitahu Obama mengenainya.

"Era Ehud Barak sudah berakhir. Kerajaan baru akan memperhebat pembinaan penempatan di Tebing Barat," kata Timbalan Menteri Pertahanan baru, Danny Danon.

Barak meletak jawatan sebagai Menteri Pertahanan minggu lalu dan digantikan oleh Moshe Yaalon, bekas Ketua Turus tentera di bawah Netanyahu.

Yaalon juga menyokong kuat pembinaan penempatan Yahudi dan menentang sebarang pembekuan ke atas aktiviti itu.

Terus rampas tanah

Portfolio perumahan juga diberi kepada penyokong propenempatan Yahudi yang dikatakan memegang peranan besar membolehkan Israel terus merampas tanah Palestin sejak Perang Enam Hari 1967.

Bakal menterinya, Uri Ariel, dari Jewish Home sama sekali menentang pembentukan negara Palestin.

Ketika diwawancara akhbar Yediot Aharonot, Ariel berkata, beliau bercita-cita meningkatkan bilangan penduduk di penempatan Yahudi.

Ditanya apakah kesannya kepada peluang negara Palestin dibentuk, beliau berkata: "Hanya ada satu negara saja di antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean – Israel."

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!