Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Natasha Hudson beri penjelasan aksi panas dan 'daring'

0 komen
"SAYA profesional dan ia adalah sebahagian daripada kerja saya. Aksi itu juga saya buat sebelum bertudung. Pada saya, ia tidak memberi kesan yang besar dan perkara itu juga sudah lepas," ujar aktres Natasha Hudson, mengulas mengenai beberapa adegan bersama Namron di dalam filem terbaru,

Langgar, yang disifatkan agak 'panas' dan 'daring'. Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai adegan yang melibatkan dirinya itu, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 31, berkata, dia tidak melihat adegan tersebut sebagai sesuatu yang panas dan menimbulkan kontroversi.

Apatah lagi ketika menerima tawaran filem sulung arahan Syed Hussein (Sein) tersebut, dia jatuh cinta pada jalan ceritanya dan adegan yang dilakonkan itu sekadar menurut kehendak skrip.

"Saya suka dengan jalan ceritanya, apatah lagi Langgar merupakan filem aksi pertama saya. Adegan yang saya lakukan sebenarnya bukanlah terlalu seksual, sebaliknya dikategorikan sebagai ganas.

"Amanda (watak lakonannya) adalah seorang bekas penagih dadah dan dia berperwatakan seperti lelaki sebelum ini. Dia ada sejarah hidup dia sendiri. Apabila dia menjadi teman wanita kepada ketua gangster bernama Radzi (Namron) bererti Radzi boleh buat apa saja kepadanya," katanya yang ditemui di pelancaran filem terbitan Tayangan Unggul, bertempat di Carney Vino, Kuala Lumpur.

Selain Natasha, turut berlakon dalam filem ini ialah Adi Putra, Khir Rahman, Zul Huzaimy, dan Hans Isaac.

Bagaimanapun, aktres kacukan Melayu-Australia ini bersedia untuk menerima apa saja reaksi daripada penonton apabila filem ini ditayangkan pada 11 April depan.

"Saya tahu, setiap orang akan ada pandang dan pendapat masing-masing apabila menonton filem ini kelak. Cuma saya berharap penonton boleh berfikir positif setelah menonton filem ini nanti," ujarnya.

Rela dipukul

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai pengalamannya menjayakan watak Amanda, Natasha berkata, dia merelakan Namron memukul dan melakukan kekasaran terhadapnya.

Katanya, biarpun pada mula Namron enggan berbuat demikian, namun dia tetap bertegas untuk merasai sendiri seolah-olah betul dipukul bagi menghayati wataknya.

"Masa kena pukul, adalah beberapa kali benjol dan bengkak sebab Namron pakai banyak cincin berbatu. Tapi saya tak kisah kerana dengan cara itu, kami juga boleh cepat mendapatkan keserasian," katanya.

Tatkala ditanya mengenai penerimaan suaminya, Carleed Khaza, 34, berhubung lakonannya itu, Natasha berkata, dia bertuah kerana memiliki seorang suaminya yang bersikap profesional dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Sejak awal lagi, dia memahami kerjaya saya dan begitu juga saya memahami kerjaya dia. Kalau dari awal dia tak faham, mungkin susah jugalah buat saya," katanya yang kini sarat hamil lapan bulan.

Kejutan anak kedua

Menyentuh mengenai kandungannya pula, Natasha berkata, pengalaman hamil anak kedua berbeza ketika dia hamil anak sulungnya, Neesa Helena, 5.

Katanya, kali ini, dia lebih aktif dan tidak boleh duduk diam dan masih sibuk dengan perniagaan dalam talian dan program bersama TV Al Hijrah.

"Mengenai jantina, saya memang tidak mahu tahu dan menganggap ia sebagai kejutan. Persiapan juga saya buat ala kadar saja dan banyak lagi baju Neesa semasa bayi masih belum digunakan.

"Selagi saya larat, saya akan aktif sehinggalah nak dekat bersalin nanti. Rutin saya tetap sibuk dengan keluarga, perniagaan karier. Apatah lagi Neesa juga sudah mula bersekolah tahun ini.

"Bagaimanapun, semenjak usia kandungan mencapai lima bulan, saya tidak lagi menerima tawaran lakonan dan projek terakhir saya adalah filem Mamat Cupcake," katanya yang masih menanti tayangan dua lagi filem lakonannya iaitu Halilintar dan Lemak Kampung Santan.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!