Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Rawat kanser cara Islam

0 komen
 DAN kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (al-Israa: 82)
Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail secara berperingkat selama 23 tahun. Sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai kebenaran kitab suci tersebut dan beriman segala isi kandungannya.
 
Tidak dinafikan al-Quran mempunyai pelbagai syariat yang mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi larangan seperti mana difirman oleh Allah dalam panduan utama umat Islam.
Bukan hanya tuntutan syariat, kitab suci al-Quran turut mengandungi mukjizat dan keistimewaan termasuklah daripada segi syifa (perubatan). Cuma kita tidak mengetahui sebab masyarakat kini melihat al-Quran sekadar berfungsi untuk bacaan solat, tadarus bulan Ramadan, majlis khatam al-Quran sedangkan ia mengandungi pelbagai manfaat.
Namun, atas kesedaran orang ramai, masyarakat umat Islam negara ini telah yakin dengan kemampuan ayat-ayat suci al-Quran untuk menjadi penawar termasuk dalaman dan luaran di samping mendapatkan rawatan moden.
Kanser merupakan antara penyakit utama rakyat negara ini. Penyakit itu boleh menyerang sesiapa sahaja dengan pelbagai cara. Bahkan kanser bukan seperti demam yang boleh diubati dalam tempoh singkat tetapi memerlukan penjagaan dan rawatan rapi.
 
Sehubungan itu, bagi merungkai rahsia al-Quran termasuk penyembuhan pelbagai penyakit, Must Read Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah buku bertajuk Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser yang ditulis oleh tokoh perubatan Islam terkenal, Lokman Abdul Hamid.
Lokman yang berpengalaman 12 tahun merawat pelbagai penyakit termasuk kanser, menggunakan perubatan Islam sebagai penyembuhan penyakit tetapi dengan izin Allah.
Buku setebal 258 muka surat itu mengupas definisi kanser, apakah faktor yang menyebabkan kanser dan rawatan moden yang digunakan untuk merawat kanser. Menariknya dalam buku itu, Lokman menyelitkan ayat-ayat suci al-Quran antaranya seperti surah al-Anbiya, al-Nahl, al-Zumar dan lain-lain lagi.
 
Selain bacaan ayat-ayat al-Quran, berdoa, tahajud, solat taubat, solat hajat dan zikir merupakan antara penawar yang disentuh oleh Lokman dalam buku tersebut.
Buku ini juga dilihat mengajak penghidap kanser selain mendapatkan perubatan moden, ikhtiar dengan memohon kepada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit berkenaan merupakan usaha paling tepat sekali.
Orang ramai perlu mendapatkan buku ini di pasaran berhampiran apa lagi kaedah penyampaiannya dilakukan melalui ilustrasi gambar.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!