Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Global: Satu juta tiada zuriat

0 komen
APABILA anak perempuan Wu Rui yang berusia 12 tahun meninggal dunia, dia bukan saja kehila�ngan seorang anak, tetapi juga sumber keselamatan dan sokongan pada usia tua.
Hari ini, wanita berumur 55 tahun itu menjaga sendiri dirinya dan ibu bapa yang sudah lanjut usia menggunakan pencen tidak seberapa dalam rumah daif dua bilik, hidup dalam kebimbangan timbulnya masalah perubatan yang tidak mampu dibayarnya.
Dasar seorang anak di China biasanya meninggalkan empat datuk nenek dan dua ibu bapa yang sudah tua bergantung pada penjaga tung�gal, manakala bagi keluarga yang kehilangan anak, tiada sesiapa yang boleh menjaga mereka.

Dianggarkan satu juta keluarga di seluruh negara kehilangan keturunan tunggal mereka sejak langkah terbabit berkuat kuasa pada 1980 dan yang lain antara empat hingga tujuh juta orang dijangka akan mengikut jejak sama dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Ramai seperti Wu bakal tidak mempunyai sesiapa yang dapat membantu mereka melalui usia tua atau menanggung kos perubatan mereka.

"Jika saya mempunyai penyakit yang serius maka saya mungkin tidak akan mempunyai cukup wang. Sudah pasti akan ada kesukaran," katanya berbisik.

Wu bercerai pada 1994 dan kehilangan anaknya, Zhang Weina setahun kemudian selepas menderita lama akibat penyakit sawan.

Dia kini banyak menghabiskan masa di rumah, mengait baju sejuk dan menyediakan makanan dalam dapur sempit yang turut berfungsi sebagai bilik utama ibunya yang sudah berusia 76 tahun.

Bapanya yang mempunyai masalah pendengaran duduk di atas katil dalam bilik sempit yang mereka kongsi. Terdapat dua mentol lampu yang terjuntai dari tali dengan cat retak meliputi dinding.

Selain daripada keuzuran, ketakutan terbesar Wu adalah rumahnya yang suram dan murah akan dirobohkan seperti mana bangunan kediaman lama di Beijing yang lain.

Sebahagian kejiranan yang terletak di bahagian tengah bandar itu sudah pun digantikan dengan menara moden dan sekiranya kawasan mereka menjadi sasaran seterusnya, mereka mungkin dipindahkan ke pangsapuri yang menelan belanja lebih banyak daripada pencen bulanannya sebanyak 2,000 yuan.

Memandangkan undang-undang negara pada 2001 mengkehendaki kerajaan tempatan menyediakan bantuan bersesuaian kepada keluarga yang kematian anak tunggal mereka, ia tidak memberi takrifan sebenar.

Peraturan terbabit berbeza mengikut kawasan yang mana wilayah Sichuan membenarkan keluarga membuat permohonan mendapatkan seorang lagi anak manakala Shanghai pula menetapkan bayaran pampasan sekali gus untuk jumlah yang tidak ditentukan.

Sesetengah kerajaan tempatan menyediakan pembayaran kecil secara teratur, berdasarkan laporan agensi berita negeri Xinhua, manakala seorang pegawai Beijing memberitahu media tempatan, ibu negeri itu menawarkan 200 yuan sebulan dan soko�ngan 'rohani' dalam bentuk lawatan daripada orang muda.

"Peraturan itu memang sentiasa ada, tetapi saya tidak fikir bermakna sangat," kata ahli akademik berpangkalan di Amerika Syarikat, Yi Fuxian yang juga pengarang 'Big Country in an Empty Nest', yang mengkritik dasar perancangan keluarga China.

Memetik statistik rasmi, sebahagian 4.63 peratus daripada lebih 218 juta keluarga dengan anak tunggal dijangka akan kehilangan anak lelaki atau perempuan mereka menjelang usia 25 tahun.

Ia bermakna lebih daripada 10 juta pasangan akan hidup lebih lama berbanding anak mereka dalam tempoh dua hingga tiga dekad, kecuali mereka yang melahirkan anak semula.

Yi dan ahli demografi lain berpendapat, China bukan saja perlu menyediakan bantuan kepada keluarga terbabit, tetapi juga menghapuskan dasar seorang anak dengan segera.

Pembela dasar mengatakan ia dapat menghalang penam�bahan lebihan penduduk seterusnya mengeluarkan ramai penduduk daripada belenggu kemiskinan.

Namun ia sebaliknya mewujudkan gelembung orang tua yang mana mengikut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menjelang 2050 sebanyak 30 peratus daripada rakyat China terdiri daripada mereka yang berusia 60 tahun ke atas berbanding 20 peratus di seluruh dunia dan 10 peratus di China pada 2000.

Tanpa lebih ramai orang muda, China tidak akan mempunyai jumlah cucu yang cukup untuk menjaga orang tua mereka atau pekerja yang boleh dibayar bagi menzahirkan sistem keselamatan sosial yang cuba dibina kerajaan.

Menurut Yi dan ramai lagi, negara itu kini boleh menyerap kadar kelahiran yang lebih tinggi tanpa risiko lebih penduduk.

Namun bagi Ketua Penduduk Negeri dan Suruhanjaya Perancang Keluarga, Li Bin, China mahu mengekalkan dan meningkatkan lagi langkah sedia ada selain memahami keperluan untuk memberi perhatian kepada isu penuaan penduduk.

Buat masa sekarang, ke�luarga tertentu menerima pe�ngecualian daripada peraturan satu anak, termasuk petani yang melahirkan seorang anak perempuan, pasangan yang tergolong dalam etnik minoriti dan ibu bapa yang kedua-duanya juga anak tunggal.

Pihak berkuasa semakin sedar mengenai masalah yang wujud akibat dasar seorang anak apabila generasi pertama ibu bapa bagi dasar itu kini memasuki usia tua, kata profesor di Universiti Beijing Renmin, Gu Baochang.

Beliau memberi amaran bahawa kerajaan sepatutnya sudah mengambil tindakan bertahun lalu memandangkan bahaya demografi hanya akan kelihatan selepas masa berlalu.

"Semakin lewat mereka bertindak, semakin parah kesakitannya, semakin besar kosnya dan semakin ramai keluarga yang kehilangan anak tunggal mereka," katanya.

Menurut Gu, seperti keluarga Wu, mereka bukan saja berhadapan dengan masa depan yang kabur, malah kehilangan yang besar dirasakan dalam budaya yang mementingkan keluarga.

Seorang ibu yang kematian anak berkongsi kesedihannya di forum talian untuk ibu bapa senasib, "Semua keindahan sudah ditarik jauh, kegelapan awan malam menyembunyikan kesakitan saya yang tidak berkesudahan".

Seorang lagi ibu menulis di forum itu, "Kami menyahut seruan dan hanya melahirkan seorang anak. Di mana rasa prihatin untuk kami? Tidak ada langsung. Penyakit barah, hati dan otak, kemurungan dan penyakit serius lain terus datang menghampiri.

"Tiada institusi yang mahu berhadapan dengan kewujudan kami, apatah lagi mana-mana bahagian yang bersimpati dengan kesedihan kami.

"Kita jatuh ke dalam keadaan yang sunyi, pedih dan tragik tanpa sesiapa untuk bergantung harap".

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!