Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Isu dadah: Zarina Anjoulie bakal 'dibuang' dari industri

0 komen
Pelakon Anak Pontianak, Zarina Anjoulie bukan saja berhadapan dengan tuduhan memiliki dadah, malah dia berkemungkinan akan dipecat sebagai ahli Persatuan Seniman.

Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi, mana-mana artis yang terlibat dengan kes serius seperti ini akan digantung atau dipecat daripada persatuan bagi menjaga imej artis secara keluruhannya.

"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain.

"Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.

"Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli," kata Zed kepada Zass.

Artis yang telah dilucutkan keahliannya juga, kata Zed, tidak akan dibenarkan lagi untuk berlakon.

"Secara automatik, nama artis yang sudah dipecat Seniman akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas.

"Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Zed juga melahirkan kerisauannya mengenai masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan selebriti.

"Kita akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengadakan kursus kepada artis dalam masa terdekat.

"Kursus ini bagi memberi kesedaran kepada golongan artis akan bahaya dadah kepada hidup dan karier mereka," katanya

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!