Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Piya yakin Kelantan pertahan treble 2012

0 komen
MESKIPUN tewas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan Piala Sumbangsih, Sabtu lepas, Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi  tetap yakin pasukannya mampu mempertahankan kejuaraan treble yang dimenangi mereka musim lepas.

Badri yang turut dikenali sebagai Piya turut menegaskan, kekalahan tersebut tidak pernah membuatkan pasukan The Red Warriors tergugat mahupun sebaliknya.

"Ini perlawanan pertama, kami tidak boleh terlalu kecewa dengan kekalahan ini.

"Bagi saya, semuanya berada dalam keadaan baik. Lagipun perjalanan musim ini masih jauh. Apa yang penting sekarang, kita lakukan yang terbaik untuk perlawanan seterusnya," kata Piya yang berharap pasukannya dapat menewaskan PKNS dalam perlawanan sulung Liga Super, esok.

Sabtu lepas, misi Kelantan untuk mencari piala keempat nyata gagal apabila tewas kepada ATM menerusi sepakan penalti 3-4.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dengan ketiadaan tonggak utama musim lalu merupakan faktor kekalahan itu, Piya bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.

"Kehilangan beberapa tonggak musim lalu bukan penyebab kekalahan ini.

"Kekalahan di tangan ATM bukannya disebabkan persembahan buruk, kekalahan kami bermaruah, kami melawan dan mendahului lawan.

"Jadi, semua ini tiada kaitan dengan kehilangan pemain musim lepas. Corak permainan kami masih boleh diperkemaskan dan saya pasti permainan kami lebih baik selepas ini," katanya yang akan bangkit pada perlawanan pertama Liga Super esok.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!